Kerajaan perguna ‘darurat’, tiada langkah berkesan bendung Covid-19

Kerajaan perguna ‘darurat’, tiada langkah berkesan bendung Covid-19

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan hari ini tidak mengambil sebarang langkah berkesan bagi membendung gejala Covid-19 berikutan pengisytiharan darurat sejak Januari lalu.

Membuktikan perkara itu, Dr. Mahathir menerusi satu siaran langsung khas secara dalam talian berkata, akibat dari itu negara kini mengalami kemerosotan ekonomi yang amat teruk di mana hutang sebanyak RM1.3 trilion, pertumbuhan ekonomi juga merosot pada paras yang tinggi iaitu 5.6 peratus.

Malah lebih parah lagi, katanya, jumlah pengangguran meningkat kepada 773,000 orang dan ia catatan angka tertinggi dalam sejarah Malaysia.

“Pengangguran tertinggi adalah melibatkan siswazah iaitu 25 peratus daripada mereka terpaksa bekerja dalam aliran yang tiada kaitan dengan kelulusan. Firma juga mengalami kerugian.

“Ramai peniaga hilang pendapatan, tidak dapat beli makanan untuk diri sendiri, walaupun kerajaan janji akan beri bantuan tapi ramai yang tak terima apa-apa, berbilion dolar pelaburan asing disalur ke negara jiran, pelabur dari Malaysia juga berpindah ke negara lain,” katanya.

Jelasnya lagi, apa yang dilakukan Muhyiddin itu hanyalah bagi mengekalkan kuasanya sebagai Perdana Menteri dalam keadaan yang beliau tahu tiada majoriti.

Oleh sebab itu, tambah Dr. Mahathir, Muhyiddin menggunakan pengisytiharan darurat sebagai benteng supaya tidak ada mana-mana pihak yang boleh mempersoal setiap tindakan yang dibuat oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga mendakwa, perisytiharan darurat adalah tidak sah kerana ia tidak mengikut undang-undang. 

“Perlembagaan berkehendak Warta Kerajaan pengisytiharan darurat dikemuka kepada Parlimen tetapi syarat ini tidak dihirau. Oleh itu, darurat ini tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan. Ini bermakna semua tindakan kerajaan tidak sah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya