Kanak-kanak 4 tahun meninggal dunia, bapa tiri ditahan - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 4 tahun meninggal dunia, bapa tiri ditahan

ANUWAL AB WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang lelaki ditahan polis 9 Februari lalu bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Klinik Kesihatan Gemas, dekat sini, 1 Februari lalu.

Difahamkan, mangsa tinggal di rumah sewa bersama ibu, bapa tiri dan seorang abang di Kampung Halacara Baru, Gemas.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, lelaki berusia 30 tahun berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan selepas rakaman ‘Child Interview Centre’ dilakukan ke atas adik beradik kanak-kanak yang maut berkenaan.

Menurutnya, pada 1 Februari lalu, polis menerima maklumat daripada doktor bertugas Klinik Kesihatan Gemas menyatakan ada seorang kanak-kanak meninggal dunia dan mulutnya berdarah.

“Kanak-kanak tersebut meninggal dunia sebelum berada di klinik. Susulan itu, bedah siasat dijalankan ke atas mangsa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban.

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di pergelangan tangan dan kaki di sebelah kiri dan kanan, tiga batang tulang rusuk di sebelah kiri telah patah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Anuwal berkata, selain itu, satu kesan lama dan bercantum, dua kesan baru manakala tulang rusuk sebelah kanan hanya bengkak kemerahan.

“Dalam kes ini, pakar gigi di Hospital Kuala Lumpur juga mengesahkan terdapat tiga kesan gigitan gigi dewasa iaitu di tangan kanan, bahu kanan dan pergelangan tangan kanan si mati. 

“Doktor forensik mengesahkan punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat kudrat tumpul.

Anuwal berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga hingga 16 Februari ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan buat masa ini, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak- Kanak 2001. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya