Kak Chik kongsi rahsia keenakan nasi berlauk gulai tongkol

Kak Chik kongsi rahsia keenakan nasi berlauk

AZIMAH Ramli ligat membungkus Nasi Berlauk Kak Chik sebelum dijual kepada pelanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Nasi Berlauk Kak Chik mula dikenali ramai sejak tahun 2015, gara-gara keenakkan gulai ikan tongkolnya.

Selepas menikmatinya, ramai mengakui, nasi berlauk disediakan oleh Kak Chik atau nama sebenarnya, Che Halimah Che Ahmad, 64, tiada tandingan.

Menurut Che Halimah, dia tidak pernah terbayang air tangannya itu bukan sahaja digemari penduduk di Kelantan, bahkan di Lembah Klang serta negeri-negeri lain.

CHE HALIMAH CHE AHMAD atau Kak Chik

Katanya, resipi memasak gulai ikan tongkol dipelajari daripada seorang rakan dipanggil ‘Kak Soh’ yang berasal dari Kampung Air Dingin, di sini sekitar tahun 2013.

“Kalau nak tahu, cara memasak gulai ikan tongkol saya agak berbeza dengan orang lain kerana saya menggulai ikan tanpa memotongnya terlebih dahulu.

“Ketika nasi sedang dibungkus, barulah pekerja memotong ikan itu mengikut saiz yang telah ditetapkan,” kata­nya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pe­kerja, Azimah Ramli, 34, berkata, dia mula bekerja membungkus nasi dengan Kak Chik bersama kira-kira 50 pekerja lain, sejak empat tahun lalu.

Katanya, mereka bertugas mengikut syif masing-masing kerana Nasi Berlauk Kak Chik dihasilkan untuk dinikmati sepanjang masa sama ada siang atau malam.

“Kami akan membungkus pelbagai jenis nasi berlauk mengikut tempahan yang dibuat oleh peniaga,” katanya.

Nasi Berlauk Kak Chik kini dipelbagaikan jenis lauk-pauk­nya iaitu gulai ikan, daging kerutuk, gulai ayam, ayam go­reng, nasi dagang, ayam pedas dan daging goreng. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya