Jumpa tengkorak pada kereta terlibat kemalangan Jun tahun lalu - Utusan Malaysia

Jumpa tengkorak pada kereta terlibat kemalangan Jun tahun lalu

GAMBAR tular sebuah kereta yang dipercayai terlibat kemalangan pada Jun tahun lalu di Kilometer 122.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan Yong Peng di Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Misteri kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada Jun tahun lalu bakal terungkai dengan penemuan tengkorak, kad pengenalan dan kereta Hyundai Sonata di kawasan cerun Kilometer 122.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan Yong Peng, di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian itu disedari oleh pekerja konsesi lebuh raya yang sedang menyelenggara longkang di kawasan berkenaan pada pukul 1.10 petang semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai memandu kereta berkenaan sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke cerun berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kedudukan kereta berkenaan agak terlindung di sebalik kawasan semak yang bercerun dengan jarak kira-kira 67 meter dari lebuh raya.

“Tengkorak dijumpai berhampiran dengan kereta berkenaan, tetapi polis sedang berusaha untuk mengenalpasti identiti mangsa melalui pemilik kenderaan yang telah dikenal pasti dan akan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Kejadian dipercayai berlaku pada bulan Jun tahun lalu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ismail berkata, penemuan itu berkemungkinan ada kaitan dengan satu laporan polis berkenaan orang hilang yang dilakukan pada bulan Jun tahun lalu.

Kata beliau, tengkorak berkenaan dihantar ke Jabatan Patalogi Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk siasatan lanjut.

“Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati semasa memandu atau menunggang motosikal.

“Maklumkan pergerakan kepada ahli keluarga terdekat supaya senang dihubungi atau dikesan jika berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, video kejadian itu tular di media sosial termasuk kad pengenalan dipercayai milik mangsa yang bernama B. Reveendran, 32, yang beralamat di Taman Garing Jaya, Rawang, Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya