JCFA sumbang beras kepada YSIJ untuk bantu rakyat - Utusan Malaysia

JCFA sumbang beras kepada YSIJ untuk bantu rakyat

DAVID Wong (dua dari kiri) menerima sumbangan 1,200 paket beras daripada JCFA untuk disumbangkan kepada rakyat negeri ini di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tertarik dengan keprihatinan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sering membantu rakyat, Persatuan Bola Sepak Cina Negeri Johor (JCFA) menyampaikan sumbangan 1,200 paket beras kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Pengerusi JCFA, Datuk Mark Kuang Chia Chun berkata, pihaknya kagum melihat keprihatinan Sultan Johor dalam membantu rakyat dengan mengurniakan sumbangan barangan keperluan makanan menerusi YSIJ di setiap daerah secara berterusan.

“JCFA turut ingin bersama membantu rakyat memerlukan. Oleh yang demikian, kami menghulurkan sumbangan beras kepada YSIJ yang membantu rakyat dalam kesusahan tanpa mengira kaum dan bangsa.

“Kami berjaya mengumpul 1,600 pek beras dalam masa tiga hari dengan bantuan ahli persatuan dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,200 pek disumbangkan kepada YSIJ,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Royal Press Office (RPO) hari ini.

Chia Chun bersama Penasihat JCFA, Datuk Ng See Bu menyampaikan paket beras seberat 10 kilogram kepada wakil Sultan Ibrahim iaitu Mejar Cina Datuk David Wong, kelmarin.

Sejak April tahun lalu, baginda mengurniakan barangan keperluan makanan kepada rakyat memerlukan bantuan tanpa mengira agama dan bangsa bagi meringankan beban mereka khususnya yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak COVID-19.

Chia Chun berkata, pihaknya berharap sumbangan yang disampaikan itu menjadi galakkan kepada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain untuk menyumbang kepada masyarakat atas dasar tanggungjawab sosial.

Sementara itu, David Wong berkata, beliau amat mengalukan-alukan serta menghargai sumbangan yang disampaikan oleh JCFA kepada YSIJ. – UTUSAN OMLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya