JAS sita lori 3 tan disyaki buang sisa kimia ke sungai - Utusan Malaysia

JAS sita lori 3 tan disyaki buang sisa kimia ke sungai

LORI yang dirampas Jabatan Alam Sekitar Selangor kerana disyaki terlibat kegiatan pembuangan haram sisa kimia di Kajang, Selangor. - IHSAN JAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menemukan sebuah lori muatan tiga tan yang disyaki terlibat aktiviti pembuangan sisa kimia di rizab Sungai Langat, minggu lalu.

Ketua Pengarah JAS, Norlin Jaafar berkata, kenderaan itu dijumpai kelmarin hasil maklumat risikan dan disita untuk siasatan lanjut kes tersebut.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk penjenayah alam sekitar ini dibawa ke muka pengadilan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes berkenaan mendapat perhatian ramai apabila penduduk di Taman Seri Reko, Kajang, Selangor dekat sini, terhidu bau busuk akibat pembuangan haram di kawasan rizab sungai.

Ia membawa kepada penemuan sisa kimia oleh pasukan JAS pada 3 Februari lalu dan nyaris menyebabkan sungai itu tercemar selain boleh mengakibatkan bekalan air dirawat terjejas.

Mengulas lanjut, Norlin berkata, agensi tersebut mendapat kerjasama polis sebelum bertindak melakukan serbuan mengejut di Bukit Serdang, Selangor dekat sini pada 6 Februari.

“Jika sabit kesalahan di mahkamah, penjenayah itu boleh dihukum berat di bawah Seksyen 34B akta sama dengan penjara mandatori dan denda yang tidak lebih RM500,000,” tegasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan tinggi kepada orang awam yang melaporkan kejadian tersebut dan menegaskan pihak JAS tiada kompromi terhadap pelaku jenayah alam sekitar.

Masyarakat yang mempunyai sebarang aduan pencemaran, dinasihat supaya melaporkan terus ke talian bebas tol 1-800-88-2727 atau e-mel kepada [email protected]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya