Jangan terus salah faham antara Zakat dan sedekah

Jangan salah faham antara Zakat dan sedekah – Ahmad Shukri

AHMAD SHUKRI YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masyarakat serta orang awam perlu memahami beberapa perkara dan perbezaan di antara sedekah dan zakat bagi mengelakkan timbulnya salah faham serta polemik.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wliyah Persekutuan (MAIWP), Ahmad Shukri Yusoff berkata, masyarakat perlu faham bahawa sedekah boleh diuruskan dan dilaksanakan sesiapa sahaja sama ada individu atau berkumpulan.

Manakala zakat, katanya, boleh diuruskan oleh sebuah institusi di bawah seliaan dan pantauan Majlis Agama Islam negeri dan sudah tentu terdapat perbezaan dari segi pengurusan dana sedekah dan zakat secara individu atau organisasi.

Beliau berkata, mengikut data yang dicatatkan pihak PPZ sepanjang tahun 2020 menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sangat memberi kerjasama dalam usaha membantu golongan asnaf.

“Kutipan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM756 juta berbanding RM682 juta pada tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 11 peratus bagi jumlah kutipan dan 79 peratus bagi bilangan pembayar zakat.

“PPZ menerima sokongan yang cukup hebat tidak kira samada individu mahupun sesebuah organisasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Shukri, walaupun negara kini dilanda pandemik Covid-19 yang merisaukan namun, golongan pembayar zakat tidak putus asa membantu dan sehingga Disember tahun lepas sejumlah 30 skim bantuan telah dilancarkan.

Katanya, dari Januari sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 30 skim oleh MAIWP telah dijalankan dengan peruntukan RM412,271,213 kepada 198,227 penerima di seluruh negara dan bukan hanya di kawasan Wilayah Persekutuan sahaja.

“Masyarakat perlu faham, badan bukan kerajaan (NGO) hanya akan memberikan bantuan secara one-off sahaja namun melalui institusi zakat seperti PPZ, bantuan akan diberikan secara bulanan mengikut keutamaan golongan yang memerlukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN