Isu murtad: Yadim gerak jentera bersama 280 NGO Islam - Utusan Malaysia

Isu murtad: Yadim gerak jentera bersama 280 NGO Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan menggerakkan segala usaha bagi memastikan isu akidah umat Islam tidak diperkotak-katikkan  pihak tertentu.

 Menurut kenyataan Bahagian Media dan Teknologi Dakwah Yadim di sini hari ini, selaku badan dakwah, ia sedia melaksanakan pelbagai langkah agar isu itu difahami masyarakat sebaiknya.

 “Yadim akan menggerakkan jentera dalaman di peringkat pusat dan negeri bagi mempergiatkan usaha berkenaan dan Yadim memainkan peranan penting dalam isu akidah,” kata kenyataan itu.

 Gerakan itu  akan diperkasakan dengan penglibatan  badan bukan kerajaan (NGO) Islam terutama 280 organisasi bawah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).

 Jelas kenyataan itu, sememangnya tindakan undang-undang serta penguatkuasaan amat penting, namun aspek pendidikan, kesedaran dan keprihatinan juga perlu dititik berat. 

Justeru, Yadim menyambut baik ketegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam isu murtad yang tular ketika ini.

 Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa kerajaan akan segera menggubal Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam demi memelihara akidah Muslim di Wilayah Persekutuan.

 Kenyataan Yadim susulan tindakan seorang lelaki India bukan Islam di Johor yang mendakwa telah berjaya memurtadkan Muslimah.

 Susulan pengakuan individu berusia 29 tahun menerusi media sosial, polis menyerbu rumah individu berkenaan  di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

 Bagaimanapun, lelaki tersebut sudah  melarikan diri dan kes berkenaan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN