KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang profesor kononnya Tanah Melayu tidak dijajah dibidas dan disifatkan melanggar fakta sejarah.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim secara sinis turut menimbulkan persoalan sama ada penjajahan dari negara luar hanya sekadar bercuti atau mempunyai tujuan lain.
“Ada profesor cakap sedap Semenanjung Tanah melayu tidak pernah dijajah kecuali tiga tahun katanya semasa Jepun perintah.
“Kalau begitu Portugis di Melaka 1511 sehingga 1641 jual cencaluk sahaja ke? Belanda di Nusantara dan Melaka makan angin? Sultan Mahmud lari ke Riau 1511 rehat? Ini besar punya putar,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya hari ini.
Menerusi sebuah stesen televisyen tempatan, profesor itu mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. – UTUSAN ONLINE