Individu menyamar petugas MBI minta wang - Utusan Malaysia

Individu menyamar petugas MBI minta wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Orang ramai khususnya pemilik premis di bandar ini diminta berhati-hati agar tidak terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai petugas Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan meminta wang.

Pihak yang tidak dikenali itu difahamkan memakai pakaian seragam MBI berwarna oren dan meminta wang atau ganjaran daripada pemilik premis makanan di sekitar bandar ini.

MBI dalam satu kenyataan memberitahu, susulan kejadian tersebut satu laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan mengenai kejadian berkenaan dijalankan pihak berkuasa.

Menurut kenyataan tersebut, orang ramai juga diminta tidak terpedaya sekiranya didatangi mana-mana pihak yang identitinya meragukan tetapi mendakwa sebagai petugas MBI.

“MBI menasihatkan warga bandar raya Ipoh agar berhati-hati kerana MBI mengamalkan polisi tidak menerima hadiah atas perkhidmatan diberikan kepada orang ramai.

“Warga Ipoh boleh membantu MBI mengatasi kegiatan meminta wang atau sebarang ganjaran tersebut dengan melaporkan kepada Unit Integriti MBI di saluran aduan yang boleh diakses di laman sosial MBI,” ujar kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya