PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik 4 sen kepada RM2.00 seliter dan RM2.30 seliter bagi tempoh esok sehingga 26 Februari ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit bagi kedua-dua bahan bakar itu adalah masing-masing RM1.96 dan RM2.26 seliter.
Bagaimanapun, harga runcit diesel kekal pada harga RM2.15 seliter.
“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE