Harga petrol naik 3 sen, RON95 RM1.96 sen, RON97 RM2.26 sen - Utusan Malaysia

Harga petrol naik 3 sen, RON95 RM1.96 sen, RON97 RM2.26 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik 3 sen kepada RM1.96 seliter dan RM2.26 seliter bagi tempoh esok sehingga 19 Februari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit bagi kedua-dua bahan bakar itu adalah masing-masing RM1.93 dan RM2.23 seliter.

Bagaimanapun, harga runcit diesel naik empat sen kepada RM2.15 berbanding RM2.11 seliter sebelum ini.

“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya