Guru wanita parah, kereta bertembung lori - Utusan Malaysia

Guru wanita parah, kereta bertembung lori

KEADAAN Jalan Bemban-Tehel, Melaka tempat berlakunya kemalangan kereta yang dipandu oleh Toyibah Md. Dasin. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seorang guru wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bemban parah selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Bemban-Tehel di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi itu, Toyibah Md. Dasin, 53, dibawa ke Hospital Jasin bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dalam perjalanan dari rumahnya di Ayer Molek menghala ke SMK Bemban.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki ke laluan bertentangan dan merempuh lori berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejar ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan manakala pemandu lori berusia 46 tahun tidak cedera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan adalah laluan berselekoh dan cuaca pula berada dalam keadaan baik.

Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya