Guru tak mengaku lakukan jenayah seksual terhadap remaja lelaki - Utusan Malaysia

Guru tak mengaku lakukan jenayah seksual terhadap remaja lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, bulan lalu.

Mohamad Khairi Hassan, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp dengan mangsa dan menawarkan hadiah sebuah motosikal jenis Yamaha Lc berwarna merah kepada remaja itu.

Perbuatan itu dilakukan pada 13 Januari lalu kira-kira pukul 4.37 petang di Kampung Pauh Butut, Peringat.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan jenayah seksual terhadap remaja sama di dalam bilik sebuah hotel di sini kira-kira pukul 3 petang pada 29 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta yang sama dan Seksyen 14(d) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh didakwa melakukan jenayah seksual terhadap mangsa sama kira-kira pukul 9.22 pagi pada 13 Januari dan 10.31 pagi pada 14 Januari lalu di Kampung Pauh Butut di sini. 

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a)Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 15(f) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Itah Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nuri Abdul Rahman.

Terdahulu, Hajarul Falenna memohon agar mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan namun Ahmad Nuri memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya memandangkan tertuduh bertugas sebagai seorang guru selain perlu menanggung keluarga.

Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan dengan tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan.

Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan dan kes disebut semula pada 11 April depan. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya