Gelandangan, penerima makanan di JB meningkat - Utusan Malaysia

Gelandangan, penerima makanan di JB meningkat

AYUB JAMIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bilangan penerima bantuan makanan yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat pengagihan makanan di Dataran Tun Sri Lanang, Jalan Ibrahim, di sini meningkat kepada 600 penerima setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, daripada jumlah tersebut, 220 penerima terdiri daripada golongan gelandangan manakala bakinya adalah pengambil makanan percuma.

Katanya, ada yang mengambil kesempatan terhadap usaha murni penyumbang makanan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apabila mengambil makanan tersebut untuk dijual.

“Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan, terdapat pertambahan jumlah golongan gelandangan di sekitar Bandaraya Johor Bahru.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) mengalu-alukan semua pihak yang ingin menghulurkan tangan membantu golongan gelandangan di negeri ini. Bagaimanapun, semua pihak perlu mematuhi tatacara atau garis panduan ditetapkan.

“Berdasarkan maklumat, 380 penerima adalah pengambil makanan percuma untuk diberi kepada kawan-kawan kenalan atau ahli keluarga. Ada sesetengahnya yang
mengambil makanan tersebut untuk dijual,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 26 Januari lalu, jumlah penerima bantuan makanan di Dataran Tun Sri Lanang adalah seramai 237 orang dengan 77 daripadanya adalah golongan gelandangan.

Ayub berkata, pengagihan makanan yang diselaraskan JKM dapat menjamin kualiti makanan selain memastikan sumber makanan yang halal dapat diberikan kepada golongan gelandangan yang beragama Islam.

“Pengagihan makanan secara berpusat di Dataran Tun Sri Lanang bagi memastikan proses pemberian dan pengambilan makanan ini lebih teratur dan sekali gus membendung penularan wabak Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya