Gangguan seksual ketika SJR: Keterangan anggota polis diambil

Gangguan seksual ketika SJR: Keterangan anggota polis diambil

SAIFUL AZLY KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan semua pihak yang terbabit bagi siasatan kes gangguan seksual seorang wanita di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Duta dekat sini. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya telah merakam percakapan petugas SJR terbabit selain video yang dirakam wanita itu akan dijadikan sebagai bukti.

“Kita akan menyiasat seadil-adilnya dan mencadangkan tindakan selanjutnya kepada Pejabat Peguam Negara selepas siasatan selesai,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dekat sini hari ini. 

Tambah Saiful Azly, anggota polis yang terlibat dalam kejadian itu juga ditarik keluar dari penugasan di SJR berkenaan.

13 Februari lalu, seorang wanita mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota polis di SJR Jalan Duta ketika dalam perjalanan pulang dari Wangsa Maju ke Shah Alam, Selangor.

Selain itu, video pengakuan wanita berkenaan tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi dari netizen yang mahu tindakan segera diambil polis.

Wanita itu mendakwa, anggota polis berkenaan juga memintanya membuka baju tidur sebagai bukti dia tidak memakai coli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya