Fitnah Ismail Sabri langgar SOP: Anina dipanggil polis

Fitnah Ismail Sabri langgar SOP: Anina dipanggil polis beri keterangan

ANINA Saadudin berjalan keluar selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Ismail Sabri berkaitan dua video fitnah melibatkan dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Anina Saadudin berhubung isu video kononnya Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Anina diminta hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini dirakam percakapan kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

“Saya sahkan Anina dipanggil dan direkod percakapan hari ini. Bekas Ketua Srikandi Bersatu itu hadir bagi membantu siasatan isu majlis makan membabitkan Ismail Sabri yang tular di media sosial,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Anina ketika ditemui berkata, dia telah bekerjasama dengan polis serta memuji sikap profesional pihak berkuasa tersebut sepanjang proses itu berlangsung. 

“Pihak polis selepas ini akan pergi ke rumah saya di Bandar Baru Bangi bagi merampas komputer riba yang digunakan ketika memuat naik video tersebut,” katanya.

Pada 13 Februari lalu, Setiausaha Akhbar Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, Azlina Md. Rosdy membuat laporan di IPD Dang Wangi di sini berhubung penyebaran video lama memfitnah menteri itu melanggar SOP PKP.

Video pendek pertama tular kononnya cuba menunjukkan ia adalah sidang media terbaru yang menyatakan tiada lagi saman dan kompaun akan dikenakan sekiranya melanggar SOP sebaliknya rakyat akan terus dipenjarakan.

Video kedua tular dan diberi tajuk ‘sendiri buat SOP sendiri langgar’ sebenarnya adalah rakaman di mana Ismail Sabri hadir dalam satu majlis santai bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan pada 15 September tahun lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya