Dua beradik pakar 'pecah sekolah' dicekup - Utusan Malaysia

Dua beradik pakar ‘pecah sekolah’ dicekup

DUA beradik yang aktif memecah masuk sekolah sejak tiga tahun lalu ditahan polis Isnin lalu. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua beradik yang aktif memecah masuk sekolah sejak tiga tahun lalu akhirnya diberkas dalam tangkapan berasingan, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, hasil maklumat risikan, kedua-dua suspek masing-masing berusia 29 dan 30 tahun itu ditahan di Plaza Tol Ayer Keroh di sini serta di Klang, Selangor.

“Kita menangkap dua beradik yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah sekolah sejak 2018.

“Suspek pertama ditahan di Plaza Tol Ayer Keroh pada pukul 1.20 petang dan susulan tangkapan itu kita menahan abangnya pada pukul 6 petang di Klang, selepas dipercayai turut terlibat dalam jenayah tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tangkapan itu berjaya menyelesaikan tiga kes pecah sekolah dan satu kes curi kenderaan.

“Hasil soal siasat dijalankan, kita juga menyelesaikan satu kes curi motosikal jenis Yamaha 135LC di Taman Sri Pandan, Johor Bahru.

“Semakan rekod jenayah mendapati kedua-dua suspek yang bekerja sebagai pemasang roller shutter dan abangnya, pekerja kilang mempunyai tiga rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Dua beradik itu kini direman tujuh hari sehingga 22 Februari depan ini membantu siasatan mengikut Seksyen 457 dan 379 (A) Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya