Ditahan sekali lagi pecah masuk rumah - Utusan Malaysia

Ditahan sekali lagi pecah masuk rumah

M. SATISYLIN (kanan) dan M. Gunasylin yang dicari polis bagi membantu sisasatan kes pecah masuk rumah seorang doktor di Taman Sentosa, Klang Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Walaupun dalam jaminan mahkamah atas kesalahan pecah rumah, seorang lelaki tidak serik apabila ditahan sekali lagi melakukan kesalahan sama.

Suspek ditahan bersama seorang lagi rakannya, kelmarin selepas melakukan pecah masuk rumah seorang doktor wanita berusia 30 tahun di Lorong Dato Dagang, Taman Sentosa Klang, di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa mengatakan rumahnya dipecah masuk.

Kanya, mangsa kehilangan beberapa barangan antaranya komputer riba jenama MacBook Air, beberapa unit jam tangan mewah dan perhiasan diri dianggarkan bernilai RM22,650.

“Bertindak atas laporan, siasatan dijalankan dan menahan dua lelaki warga tempatan berusia 23 tahun dan 27 tahun di Jalan Dato Dagang, Taman Sentosa Klang kira-kira pukul 11 malam.

“Pemeriksaan mendapati salah seorang suspek ditahan menjalani tuduhan di mahkamah berhubung kes pecah rumah. Suspek ditahan pada Disember tahun lalu mengaku tidak bersalah dan dijamin RM3,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul Amar berkata, modus operandi digunakan suspek ialah dengan menggunakan objek besi untuk mengumpil pintu rumah mangsa.

Menurut Shamsul Amar, setakat ini, polis hanya menemukan beberapa barang kes daripada suspek ditahan dan selebihnya dipercayai masih berada bersama dua lagi rakannya yang kini diburu.

“Siasatan mendapati suspek ditahan terlibat dengan dua kes pecah rumah dan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan pelbagai kesalahan.

“Kedua-dua mereka kini ditahan reman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya kini mencari dua beradik iaitu M.Satisylin dan M. Gunasylin masing-masing berusia 19 dan 27 tahun yang beralamat di Taman Sentosa, Klang bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya