Didenda RM8,000 hantar gambar lucah melalui WhatsApp - Utusan Malaysia

Didenda RM8,000 hantar gambar lucah melalui WhatsApp

CHANG Yoon Siong (kanan) didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di Butterworth, Pulau Pinang hari ini selepas didapati bersalah menghantar gambar lucah melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita empat tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Padah menghantar gambar lucah melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita empat tahun lalu, seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini hari ini.

Keputusan itu dibuat Hakim Noor Aini Yusof selepas tertuduh, Chang Yoon Siong, 31, mengaku bersalah atas lima pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Bagi setiap pertuduhan, dia didenda sebanyak RM1,600 yang mana jika gagal membayar, tertuduh dipenjara sebulan.

Mengikut pertuduhan, lelaki dari Puchong, Selangor itu didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi WhatsApp membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lucah ke nombor telefon seorang wanita berusia 46 tahun dengan niat untuk menyakitkan hatinya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu menerusi lima kiriman WhatsApp dengan gambar sebanyak dua kali pada pukul 1.11 pagi dan tiga kali pukul 5.32 petang pada 8 Januari 2017 ketika wanita itu berada di rumah di Taman Aman Jaya, Bukit Mertajam di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalaham itu mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Nazrul Nizam Mohd. Zameri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya