Dakwaan langgar SOP: Polis ambil keterangan Annuar Musa

Dakwaan langgar SOP: Polis ambil keterangan Annuar Musa

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, kelmarin berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya juga sedang meneliti fakta dan bukti sedia ada sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

“Beliau (Annuar) dirakam percakapan lebih dua jam semalam. Pihak lain yang mempunyai kaitan dengan majlis jamuan itu pun sudah direkod keterangan.

“Jadi persoalan Annuar dikompaun RM1,000 itu belum lagi kerana siasatan masih dijalankan,” katanya kepada pemberita ketika program Hari Bersama Pesara Polis, Bekas Polis dan Petugas Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dekat sini semalam.

Tambah Saiful Azly, kes disiasat mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) kerana melanggar SOP PKP. 

Baru-baru ini, gambar Annuar bersama enam individu lain duduk di dua meja jamuan dan tular di media sosial di Desa Petaling dekat sini.

Gambar itu dipercayai dirakam ketika Annuar menghadiri majlis Program Pertanian Bandar Wilayah Persekutuan di Kebun Komuniti Bandar, Persatuan Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia, Desa Petaling dekat sini.

Dalam pada itu, Saiful Azly berkata, pihaknya akan terus menguat kuasa SOP pematuhan secara tegas susulan lanjutan PKP di ibu negara sehingga 4 Mac depan. 

Ujarnya, ini melibatkan sebanyak 22 sekatan jalan raya, 93 pasukan pematuhan dan kira-kira 2,500 anggota serta pegawai.

“Kita juga ada Unit Ronda Bermotosikal (URB)dan kereta peronda polis (MPV) untuk memantau SOP pematuhan di ibu negara serta membuat pengumuman bagi menasihatkan orang awam untuk patuh SOP.

“Bagi sekolah yang beroperasi, ada anggota dan pegawai memantau keadaan pematuhan di sana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya