Minta rasuah dari kontraktor, CEO restoran terkemuka ditahan SPRM

CEO restoran terkemuka ditahan SPRM

CEO didakwa telah mengarahkan agar setiap kontraktor memberikan komisen sebanyak 15 peratus daripada harga kontrak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah rangkaian restoran terkemuka dan pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor-kontraktor yang melaksanakan projek pengubahsuaian rangkaian restoran terkenal di Malaysia.

Kedua-dua suspek berusia 60 dan 37 tahun itu ditahan SPRM pada petang semalam di sekitar Kuala Lumpur. 

Difahamkan, CEO tersebut merupakan rakyat Hong Kong dan mempunyai taraf pemastautin tetap Singapura.

PENGARAH syarikat turut diheret ke Mahkamah Majistret Putrajaya atas dakwaan menerima rasuah.

Menurut sumber, CEO terbabit dikatakan terlibat dalam proses melantik kontraktor-kontraktor bagi projek mengubah suai enam buah restoran di beberapa negeri.

Kata sumber, CEO tersebut dikatakan telah mengarahkan agar setiap kontraktor memberikan komisen sebanyak 15 peratus daripada harga kontrak. 

“Semua pembayaran rasuah itu kemudian dimasukkan ke dalam akaun syarikat lain milik seorang pengarah syarikat yang turut ditahan SPRM.

“Kedua-duanya telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan diluluskan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama 5 hari bermula hari ini hingga 23 Februari ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan dibuat di bawah seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN