'Can I advice u something' jadi bukti keterangan kes Rosmah

‘Can I advice u something’ jadi bukti keterangan

ROSMAH Mansor berjalan keluar selepas Mahkamah Tinggi memerintahkan beliau untuk membela diri dalam kes rasuah berhubung tender membekal dan memasang tenaga solar hibrid di 369 sekolah di pedalaman Sarawak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakaman audio dan transkip yang didakwa mengandungi perbualan kontroversi di antara Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak kini menjadi bahan bukti keterangan dalam perbicaraan rasuah melibatkan isteri bekas Perdana Menteri itu.

Demikian keputusan Mahkamah Tinggi di sini ketika mengubah keputusan terdahulu dan membenarkan kedua-dua item berkenaan dimasukkan sebagai bahan bukti keterangan untuk digunakan dalam perbicaraan itu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas menyemak semula perintah yang dibuatnya pada 11 Disember tahun lalu. Ketika itu beliau menolak permohonan pihak pendakwaan untuk memasukkan kedua-dua item tersebut sebagai keterangan.

Audio rakaman perbualan ‘can I advice u something’ itu didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal tahun lalu dan pernah dimainkan dalam prosiding mahkamah selama 10 saat.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika memberi keterangan selaku saksi pendakwaan, kemudian mengcamnya sebagai suara Rosmah dan Najib.

Pihak pendakwaan menyatakan, rakaman tersebut penting bagi membolehkan mahkamah menilai sifat dan kelakuan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri (ketika itu).

Sewaktu mengumumkan keputusan tersebut semalam, Mohamed Zaini menyatakan, beliau mempunyai bidang kuasa untuk menyemak dan mengubah perintah yang dibuatnya sebelum itu.

Mohamed Zaini turut berpuas hati, Seksyen 41A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 memberi kebenaran kepada pihak pendakwaan mengemukakan dokumen atau salinan yang diperolehi oleh SPRM untuk dimasukkan sebagai sebagai keterangan dalam perbicaraan.

Pada 8 Januari tahun lalu, SPRM mendedahkan rakaman audio perbualan yang didakwa melibatkan kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) kepada Najib semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd..

Dalam rakaman itu, Rosmah didengar memberitahu Najib selaku Perdana Menteri supaya lebih tegas dalam pengendalian siasatan kes terhadap 1MDB. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN