Buku Tommy Thomas tidak wajar diharamkan, tetapi boleh dikenakan tindakan- Haniff Khatri - Utusan Malaysia

Buku Tommy Thomas tidak wajar diharamkan, tetapi boleh dikenakan tindakan- Haniff Khatri

MOHAMED HANIFF KHATRI ABDULLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak salah untuk Tan Sri Tommy Thomas menerbitkan bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’, namun kandungan buku tersebut masih boleh dipertikai dan diambil tindakan oleh mana-mana pihak termasuk mahkamah.

Ini kerana, pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpendapat, terdapat tiga perkara dalam buku bekas Peguam Negara itu berisiko untuk diambil tindakan undang-undang.

Katanya, tiga perkara itu adalah fakta yang ditulis, kes-kes yang masih berlangsung di mahkamah dan pandangan Tommy terhadap perundangan.

“Tommy mengulas beberapa kes seperti kes SRC, 1MDB, Goldman Sachs, Cradle Fund dan NFC. Kebanyakannya kes ini masih di medan mahkamah, ada yang sudah selesai bicara tapi masih tunggu proses rayuan.

“Apabila disentuh perkara terperinci dalam satu-satu kes, sedangkan kes itu masih belum selesai, perkara itu boleh menjejaskan usaha baik pihak pendakwa raya, peguam-peguam kanan, pejabat peguam negara, termasuk Tommy yang bertungkus lumus selesaikan.Ia tentunya akan menjejaskan perjalanan kes,” katanya ketika tampil dalam sebuah program bual bicara mengenai buku Tommy secara langsung di Facebook malam ini.

Pada masa sama, Mohamed Haniff berkata, walaupun Tommy menganggap apa yang ditulisnya adalah fakta, beliau bagaimanapun gagal membuktikan fakta tersebut dalam bukunya.

“Dalam mengulas beberapa perkara berlaku ketika masih berkhidmat, beliau merujuk perkara yang dikatakan fakta tetapi sebenarnya tidak dibuktikan sebagai fakta. Apabila beliau menulis tidak pun muncul dan tidak terzahir manakah pembuktian fakta tersebut yakni kononnya bagaimanakah Tommy mengetahui kalau betul fakta itu wujud, itu menjadi perkara penting.

“Antara yang dibangkitkan seperti isu peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri tidak pernah dibangkitkan pihak lain dalam tadbir urus negara. Sepatutnya sebagai seorang Peguam Negara yang profesional dalam apa bentuk percakapan dan penulisan, tidak sepatutnya menampilkan perkara yang tidak pernah wujud,” katanya.

Mohamed Haniff yang sudah beberapa kali meneliti buku Tommy itu juga beranggapan ada pandangan perundangan Tommy berkenaan kedudukan sistem tadbir urus negara tidak tepat dan tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

“Kita khuatir ada perkara yang telah pun dilakukan bersandarkan fahaman salah Tommy tentang perlembagaan akan memudaratkan tadbir urus negara sama ada pada ketika itu atau keputusan-keputusan yang dilakukan agensi kerajaan bersangkutan dengan pendapat beliau,” katanya.

Walaubagaimanapun, Mohamed Haniff berpandangan buku Tommy tidak wajar diharamkan kerana ia akan memberikan tanggapan salah kepada orang ramai.

“Tidak boleh haramkan buku ini, tetapi Tommy ada risiko untuk disaman atau diambil tindakan penghinaan mahkamah atau melanggar peruntukan undang-undang jenayah. Kalau ada bahagian buku yang menjadi hasutan itu cerita lain, perlu bentangkan fakta dan mungkin tertakluk kepada bahagian untuk diharamkan.

“Kalau diharamkan kita bukan sahaja halang hak kebebasan bersuara, kita mungkin akan jadi bahan tawa di pihak antarabangsa, ramai salah faham semata-mata kerajaan nak tutup cerita-cerita kononnnya, perkara itu agak tidak tepat kerana ada fakta yang boleh dipertikaikan, dan ada pandangan perlembagaan yang tidak betul,” katanya.

Justeru, beliau berpendapat Tommy seharusnya menulis berdasarkan fakta yang benar dan bukannya mempunyai motif lain sehingga mengelirukan semua pihak.

“Bahayanya apabila orang yang baca buku ini akan nyatakan perkara salah, bahawa kerajaan nak tutup perkara yang didedahkan, tetapi bagi saya perkara salah wajib didedahkan, cuma persoalannya sama ada adakah apa yang didedahkan Tommy betul atau tidak, dan adakah apa yang didedahkan itu satu jenayah. Itu hak dia.

“Rakyat beranggapan Peguam Negara akan menulis buku berdasarkan perundangan dan perlembagaan, bukannya politik, rakyat akan percaya ia sebagai fakta, takkan Peguam Negara nak bercakap benda yang belum dibuktikan fakta atau dinafikan sebagai fakta, jadi ini yang membuatkan rakyat sekarang keliru dan celaru, ada yang persoalkan Istana Negara, Mahathir, Pakatan Harapan (PH), PKR dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya