Buka sekolah berperingkat tindakan tepat - GPMS - Utusan Malaysia

Buka sekolah berperingkat tindakan tepat – GPMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyokong penuh keputusan Kementerian Pendidikan membuka sesi persekolahan secara berperingkat.

Presidennya, Mohd. Alif Anas Md. Noor berkata, keputusan itu memberi masa kepada pengurusan sekolah untuk bersedia menghadapi sesi persekolahan.

“GPMS menyambut baik keputusan yang dibuat. Pembukaan semula sesi persekolahan secara berperingkat ini memberi ruang dan peluang kepada guru dan murid untuk belajar secara bersemuka di sekolah nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin mengumumkan murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 Sekolah Rendah bersekolah pada 1 Mac ini manakala Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 pula akan bersekolah bermula pada 8 Mac 2021.

Bagi sekolah menengah pula, ia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu sesi persekolahan Kumpulan A akan bermula pada 4 April dan 5 April 2021 bagi Kumpulan B.

Mohd Alif Anas berharap pengurusan sekolah dapat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak kluster yang berpunca daripada sekolah.

“GPMS menyeru kepada semua pihak terutama guru dan murid untuk mengikuti segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan bagi memastikan tiada sebarang penyebaran COVID-19 di sekolah apabila mula dibuka nanti,” katanya.

Selain itu, katanyam, GPMS berharap aluran DidikTV diteruskan dan diperkasa sebagaimana yang telah dirancangkan.

“Ini bagi memastikan bahawa Malaysia memiliki satu saluran televisyen ‘edutainment’ rasmi yang menjadi satu sumber dapatan ilmu selain daripada sekolah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN