Brian McFeeters dilantik duta baharu AS ke Malaysia

Brian McFeeters duta baharu AS ke Malaysia

BRIAN McFEETERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Kaunselor Politik Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia melantik Brian McFeeters menjadi duta, menggantikan Kamala Shirin Lakhdhir.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Kedutaan AS berkata, Mcfeeters pernah berkhidmat di negara ini selama tiga tahun iaitu antara 2009 hingga 2011.

“Sangat gembira dapat kembali ke Malaysia. Sepanjang masa saya di sini sepuluh tahun yang lalu, saya bertuah dapat bertemu dan bekerja dengan ramai rakyat Malaysia yang berbakat dan berdedikasi.

“Saya tidak sabar untuk bekerja dengan pasukan Kedutaan AS di sini, termasuk beberapa wakil dari Kerajaan Amerika Syarikat. Misi dan harapan kami ialah untuk memupuk hubungan lebih erat dengan rakyat serta Kerajaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Presiden AS Joe Biden telah menzahirkan harapan agar negara itu dapat bekerjasama dengan negara rakan dalam usaha menangani pelbagai cabaran di peringkat global, seperti kesihatan awam, pemulihan ekonomi, pemerdagangan manusia dan perubahan iklim.

Tambahnya lagi, kedua-dua negara mempunyai tanggungjawab yang berat untuk dilakukan bersama bagi menangani COVID-19.

“Saya berasa lega vaksin Pfizer telah tiba di Malaysia, dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah bermula,” katanya lagi.

McFeeters yang dicalonkan semasa pentadbiran Donald Trump tahun lepas, fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia.

Beliau mempunyai pengetahuan luas tentang Asia Tenggara dan pernah bertugas di Jakarta dan Seoul.

Sebelum ini beliau merupakan timbalan duta AS di Iraq.

Beliau juga pernah menjadi timbalan ketua misi kedutaan AS di Indonesia dan penasihat politik di Seoul.

Mengikut prosedur operasi standard (SOP), McFeeters yang tiba di Malaysia semalam hanya dibenarkan untuk melakukan pertemuan secara maya dengan pegawai dan pekerja Kedutaan AS kerana  perlu melalui tempoh kuarantin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya