Bapa mengaku tidak bersalah lakukan sumbang mahram - Utusan Malaysia

Bapa mengaku tidak bersalah lakukan sumbang mahram

PENIAGA air tebu (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen, Klang Selangor di sini hari ini atas pertuduhan sumbang mahram terhadap anak kandungnya dan merogol rakan anaknya sejak 2019.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang peniaga air tebu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 64 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anaknya dan merogol rakan anaknya di antara 2019 hingga 2021.

Tertuduh berusia 42 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Dalam prosiding kira-kira dua jam itu, bapa kepada tujuh anak termasuk dua anak tiri itu didakwa 55 pertuduhan melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak kandungnya antara April 2019 hingga Januari 2021.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

Selain itu, tertuduh juga didakwa sembilan pertuduhan merogol rakan anaknya yang bermula Ogos 2020 hingga Januari 2021 dengan kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan ini, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terhadap kedua-dua mangsa yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di daerah ini.

Tertuduh yang diwakili Peguam, Khairul Naim Rafidi memohon ikat jamin dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Ini juga berdasarkan prinsip tidak bersalah selagi dibuktikan bersalah dan sekiranya ditahan dalam penjara akan memberikan kesan terhadap anak guam dan orang lain dalam pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar membantah sebarang ikat jamin terhadap tertuduh kerana kesalahan dilakukan serius dan boleh menganggu kedua-dua mangsa dengan anak tertuduh tinggal bersamanya.

“Berkaitan faktor pandemik Covid-19, tindakan telah diambil pihak penjara dengan kesemua banduan disaring dan dikuarantin sebelum dibenarkan masuk penjara,”ujarnya.

Mahkamah tidak memberikan sebarang jaminan dan menetapkan sebutan semula kes pada 24 Mac ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya