Bahagian jual kelengkapan sekolah masih lengang - Utusan Malaysia

Bahagian jual kelengkapan sekolah masih lengang

BAHAGIAN menjual kelengkapan sekolah di Tesco Peringgit, Melaka lenggang tidak ada ibu bapa berkunjung. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suasana beberapa pasar raya di negeri ini masih lengang tanpa kehadiran ibu bapa dan murid-murid meskipun kerajaan mengumumkan sesi persekolahan 2021 dibuka secara berperingkat bermula 1 Mac ini.

Kebiasaannya, seminggu sebelum persekolahan bermula, pusat beli-belah dan pasar raya meriah dengan pembelian keperluan anak-anak seperti pakaian seragam, beg dan kasut.

Namun, tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, tiada kelibat ibu bapa atau anak-anak yang kelihatan mengunjungi bahagian keperluan sekolah.

Malah, pihak pasar raya juga tidak menawarkan potongan harga seperti kebiasaan.

Di pusat beli-belah Mydin Peringgit di sini, prosedur operasi standard (SOP) tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke premisnya.

Berbeza dengan pasaraya Tesco di sini, walaupun kanak-kanak dibenarkan masuk, namun bahagian menjual keperluan sekolah tetap kelihatan kosong tanpa pengunjung.

Situasi ini dipercayai berlaku kerana rata-rata ibu bapa memilih untuk berjimat-cermat, manakala tidak kurang juga yang tidak berkemampuan akibat hilangan pekerjaan.

seorang bapa, Ishak Ab. Rahman, 50, berkata, isterinya telah membuat persiapan awal dengan membeli semua peralatan sekolah tiga anaknya pada Disember tahun lalu.

“Saya beli pakaian, kasut dan peralatan mengikut keperluan sahaja. Saya memilih untuk berjimat cermat kerana dalam keadaan pandemik Covid-19 kita tidak boleh berbelanja seperti sebelum ini.

“Seluruh keperluan tiga anak pra sekolah, darjah empat dan tingkatan empat telah cukup dan hanya menunggu sesi persekolahan tahun ini dibuka pada 1 Mac,” katanya.

Dalam pada itu seorang suri rumah, Norsita Ujang, 51, pula berkata, dia tidak membeli pakaian atau kasut baharu untuk dua anaknya kerana ingin berjimat cermat.

Katanya lagi, memikirkan pandemik Covid-19 yang masih gagal dikawal sehingga kini, adalah tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk kelengkapan sekolah memandangkan persekolahan berkemungkinan akan ditutup lagi selepas ini.

“Tidak ada keperluan untuk yang baharu kerana pakaian atau kasut dua anak saya di sekolah menengah masih boleh dipakai.

“Dalam keadaan sekarang saya tidak mahu membazir dan menggunakan wang untuk keperluan yang penting sahaja,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya