APM guna sistem TracVirus - Utusan Malaysia

APM guna sistem TracVirus

MOHD. Redzuan Yusof melihat operasi keselamatan APM di KLIA, Sepang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menggunakan sistem aplikasi TracVirus bagi memantau semua pelawat yang keluar dan masuk di pintu-pintu masuk negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, penggunaan sistem itu mempercepat proses kemasukan pelawat di semua pintu masuk negara yang sebelum ini perlu mengisi borang secara manual.

Beliau berkata, sistem itu antara lain digunakan APM bagi memudah cara pengurusan Covid-19 apabila pelawat boleh memasukkan maklumat kesihatan seperti keputusan saringan dalam aplikasi tersebut.

“Sistem ini memberi data secara langsung menerusi perkongsian data MySejahtera. Ia sebagai pengurusan tambah baik dengan ciri-ciri kelengkapan teknologi terkini, ” katanya dalam sidang akhbar selepas melihat operasi keselamatan APM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini malam tadi.

Redzuan berkata, tempoh percubaan sistem yang digunakan itu bermula hari ini di KLIA selama dua minggu sebelum diperluas di semua pintu masuk negara.

“Menjadi hasrat APM mempunyai kelengkapan memantau pergerakan bukan sahaja ketika pandemik Covid-19 tapi bencana-bencana lain,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya penggunaan aplikasi itu berjaya, ia akan digunakan di tempat-tempat lain untuk menggalakkan sektor pelancongan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya