Amanah mahu darurat ditamatkan - Utusan Malaysia

Amanah mahu darurat ditamatkan

MAHFUZ Omar beramah mesra bersama keluarga pelajar yang menerima sumbangan kelengkapan persekolahan di sebuah pasar raya di Pokok Sena, Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 perlu segera menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menamatkan darurat.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, pelaksanaan darurat ketika ini sudah tidak lagi diperlukan ketika Dewan Rakyat dilihat sudah boleh bersidang manakala kebanyakan sektor termasuk persekolahan dibuka tidak lama lagi.

“Titah baginda semalam jelas menampakkan bahawa darurat sudah tidak diperlukan di negara ini dengan isu-isu kesihatan melibatkan Covid-19 boleh ditangani menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Dalam keadaan Parlimen sudah boleh bersidang di samping pembukaan pasar malam, pasar tani dan sekolah, maka apa perlunya pelaksanaan darurat yang dikatakan dilaksanakan demi kesihatan?,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan keperluan sekolah oleh pasar raya Econsave di sini, semalam.

Mahfuz berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu segera memberi maklum balas terhadap titah tersebut seterusnya menasihatkan Agong mengenai tarikh persidangan Parlimen.

Jika tidak, katanya, kalangan ahli Parlimen dilihat tidak mempunyai pilihan selain berarak ke Parlimen bagi menuntut persidangan dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya