Ajal dua beradik kemalangan maut ragut 3 nyawa di Jalan Kuching - Utusan Malaysia

Ajal dua beradik kemalangan maut ragut 3 nyawa di Jalan Kuching

KEADAAN kereta yang dinaiki dua beradik remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuching dari arah Bulatan Segambut menghala ke Kepong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tiga individu termasuk dua beradik maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuching dari arah Bulatan Segambut menghala ke Kepong, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, mangsa yang maut ialah Lee Pan Nee, 45, dan adik lelakinya, Lee Veeran, 35, serta Muhammad Hafiz MD Isa, 32.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.30 tengah malam membabitkan kereta Proton Satria Neo dan pikap jenis Mazda BT 50.

Kata beliau, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Proton Satria Neo dipandu Muhammad Hafiz, dari arah Kepong menghala ke Bulatan Segambut hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di tengah jalan.

“Kereta itu kemudian masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dinaiki Pan Nee, dan adik lelakinya, Veeran.

“Akibat kemalangan itu mereka yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkefly, mayat kesemua mangsa dibawa ke Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dah bedah siasat akan dibuat setelah keputusan ujian COVID-19 diperoleh.

“Siasatan awal mendapati, adik-beradik itu yang berniaga ikan dalam perjalanan ke pasar borong untuk membeli ikan.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya