Air liur jadi sampel ujian bagi perangi pandemik Covid-19

Air liur jadi sampel ujian Covid-19

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Air liur akan dijadikan persampelan bagi ujian Covid-19 untuk membantu negara memerangi pandemik Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kaedah persampelan ini adalah selamat dan tidak invasif berbanding persampelan dengan kaedah nasopharyngeal dan oropharyngeal swab.

Katanya, ianya akan mempercepatkan dan meningkatkan saringan Covid-19.

“Kaedah ini juga bersifat ‘self-collected’ (dikumpul sendiri) dan akan menjimatkan pemakaian penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE).

“Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research-IMR) telah menjalankan penilaian bagi kaedah persampelan menggunakan air liur ini dan ianya sesuai bagi ujian ‘real-time reverse transcriptase-PCR’(RT-PCR),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Adham berkata, IMR sedang melengkapkan kajian penggunaan sampel air liur untuk ujian RTK antigen (RTKAg).

“Persampelan bagi ujian Covid-19 dengan menggunakan air liur telah dijalankan di beberapa negara, bahkan ia lebih murah dan salah satu kaedah mengumpul sampel paling konsisten.

“Kementerian akan memulakan persampelan menggunakan air liur ini di peringkat  hospital hospital dan akan diperkembangkan ke fasiliti kesihatan yang lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN