Ahli politik bersama isteri didakwa edar dan tanam kanabis

Ahli politik, isteri didakwa edar dan tanam kanabis

ADAM Asmuni dibawa keluar selepas didakwa atas tiga pertuduhan mengedar dan menanam pokok dadah jenis Kanabis di sebuah rumah bulan lalu di Mahkamah Majistret Ampang hari ini. - FOTO/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Adam Asmuni dan isterinya didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas dua tuduhan mengedar kanabis dan satu tuduhan menanam pokok dadah yang sama di sebuah rumah, bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Adam, 35, dan isterinya Lyiana Roslee, 34, selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Normaizan Rahim kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Adam dan Lyiana didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 1580.4 gram dan mengedar cecair berbahaya jenis dadah sama berisi padu 7,870 milliliter (ML).

Kesalahan itu didakwa di lakukan di sebuah rumah di Duta Suria Residency, Ampang di sini pukul 7.30 malam pada 20 Januari lalu.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga pasangan itu didakwa menanam sembilan pokok disyaki pokok kanabis yang mana pokok itu diperolehi secara langsung atau tidak langsung pada tempat dan tarikh yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6(A)(3) akta sama yang dibaca dibawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suriantiazila Muhamad manakala Lyiana diwakili peguam Nur Mustanir Md. Nor sementara Adam tidak diwakili peguam.

Terdahulu, di mahkamah berasingan Majistret Farah Nasihah Anuar, melepas tanpa membebaskan Lyiana atas pertuduhan sama yang pernah dikenakan terhadapnya pada 1 Februari lalu dan mendakwanya semula bersama suaminya di hadapan Normaizan. 

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang ahli politik ditahan selepas dipercayai mengedar dadah di Pudu selain menyerbu rumahnya di Ampang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya