Abdul Hadi stabil, perlukan rehat - Muhammad Khalil

Abdul Hadi stabil, perlukan rehat – Muhammad Khalil

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur malam tadi kini dalam keadaan stabil. 

Anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, bapanya memerlukan rehat yang secukupnya kemungkinan keletihan kerana jadual yang padat. 

“Saya baru bercakap dengan ayahanda tuan guru sebentar tadi, keadaannya stabil dan memerlukan rehat. 

“Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat,” katanya dalam kenyataan dalam laman Facebook hari ini. 

Semalam, tular satu kenyataan yang mendakwa Abdul Hadi dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada pukul 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas.

Kenyataan tersebut berkata, Presiden Pas itu bagaimanapun dihantar ke IJN untuk rawatan susulan.

Sementara itu, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk memohon doa orang ramai agar bapanya terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya