Abdul Hadi seru panjatkan doa untuk Allahyarham Nik Abdul Aziz - Utusan Malaysia

Abdul Hadi seru panjatkan doa untuk Allahyarham Nik Abdul Aziz

abdul hadi
ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemergian ulama merangkap bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah satu kehilangan besar buat negara khususnya rakyat negeri Kelantan.

Hari ini genap pemergiannya selama enam tahun sejak Allahyarham Nik Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai ‘Tuan Guru’ menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun akibat kanser prostat pada 2015.

Terasa dengan pemergian Mursyidal Am Pas itu, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyeru semua pihak mendoakan kesejahteraan Allahyarham yang bertepatan dengan hari Jumaat hari ini.

Beliau turut menyeru semua pihak berdoa ke atas pemergian pendakwah dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan Al-Banna yang meninggal dunia pada tahun 1949, hari sama, setelah ditembak mati oleh pembunuh upahan arahan sulit kerajaan Mesir.

“Marilah kita semua memanjatkan doa pada hari Jumaat yang barakah ini buat dua orang tokoh yang telah berjasa besar dalam menyebarkan Islam sepanjang hayat mereka.

“Peristiwa ini sememangnya menjadi khabar duka buat ahli gerakan Islam di seluruh dunia, khususnya Malaysia dalam mengenang akan perginya tokoh-tokoh besar gerakan Islam.

“Semoga Allah SWT juga senantiasa mengurniakan hidayah dan taufik kepada kita agar kekal istiqamah menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan hingga roh berpisah daripada jasad,” ciapnya di Twitter hari ini.

Untuk rekod, kerjaya politik Nik Abdul Aziz bermula pada tahun 1967 sebagai ahli Pas manakala pada tahun 1990, Allahyarham memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan dan bersara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 2013.

Sementara itu, Hassan terkenal dengan kegigihan beliau dalam gerakan dakwah Islam dan mendapat sambutan luar biasa di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam malah beliau rajin menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan al-Hasafiyyah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya