70 individu leka berhibur di kompaun RM1,000 - Utusan Malaysia

70 individu leka berhibur di kompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Puchong di sini, sebanyak 70 individu tidak menyedari premis berkenaan diserbu pihak berkuasa Jumaat lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu, sebanyak 60 pelanggan lelaki dan 10 wanita dikenakan kompaun RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Annuar Omar berkata, hasil serbuan itu turut mendapati sembilan lelaki serta tujuh wanita termasuk tiga warga asing positif pelbagai jenis dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan.

Kata beliau, daripada tangkapan itu, sebanyak lima individu termasuk dua wanita warga Indonesia berusia 18 hingga 50 tahun dipercayai pekerja di pusat hiburan terbabit turut diberkas.

“Pelbagai barangan termasuk monitor, pemain cakera padat digital (DVD), set karaoke dan mikrofon selain ganja seberat 0.5 gram serta satu pil Erimin 5 seberat 0.3 gram berjaya dirampas.

“Siasatan dibuat mengikut Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 2003, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pertubuhan 1966, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 dan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Annuar berkata, pihaknya turut menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Syed Putra, di sini, pada 11.30 malam pada Khamis lalu.

“Dalam serbuan itu, polis menahan seorang wanita berasal dari Sarawak dan tiga lelaki warga Bangladesh berusia 27 hingga 43 tahun.

“Kami merampas beberapa barangan seperti dua resit, satu televisyen, satu monitor komputer, satu unit pemprosesan komputer (CPU) dan dua mikrofon,” jelasnya.

Tambah Annuar, siasatan mendapati premis itu memiliki lesen restoran atau kedai makan (bar tanpa hiburan) dan lesen rumah awam atau rumah bir.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4bAkta Hiburan Wilayah Persekutuan 2003 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963,” katanya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya