7 pasangan ditangkap khalwat di hotel - Utusan Malaysia

7 pasangan ditangkap khalwat di hotel

SEBANYAK tujuh pasangan ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam operasi pihak berkuasa termasuk JAINPP di lima buah hotel di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Sebanyak tujuh pasangan ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) selepas didapati berkhalwat di dalam bilik hotal semasa serbuan di beberapa lokasi di sini, malam tadi.

Selain JAINPP, operasi bermula pukul 8.30 malam yang menyasarkan lima hotel dan dua restoran itu turut membabitkan pasukan polis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Kementerian Kesihatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, seramai 14 individu membabitkan tujuh pasangan berusia di antara 24 hingga 40 tahun itu ditahan JAINPP selepas dipercayai berkhalwat.

“Selain itu, pemilik sebuah restoran turut disaman MBSP kerana mempamerkan papan iklan tanpa lesen dan dikompaun kerana tiada permit kerusi meja di kaki lima kedai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Operasi berakhir kira-kira pukul 12 tengah malam itu berkenaan melibatkan 75 anggota termasuk pegawai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya