60 pekerja tapak binaan bertempiaran lari - Utusan Malaysia

60 pekerja tapak binaan bertempiaran lari

SEBAHAGIAN pekerja warga asing yang diperiksa di sebuah tapak pembinaan di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Kira-kira 60 pekerja di sebuah tapak pembinaan di Bertam, di sini bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan mengejut hari ini.

Mereka yang merupakan pekerja warga asing itu dipercayai ketakutan ketika tapak pembinaan pengubahsuaian hotel tersebut diserbu pasukan polis dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya memeriksa 40 pekerja warga asing dalam operasi itu.

Tambah beliau, daripada jumlah yang diperiksa, 11 orang terdiri warga Bangladesh dan Indonesia didapati tidak memilik permit sah akan diambil tindakan melalui akta imigresen.

“Bagaimanapun, kira-kira 60 orang pekerja asing melarikan diri ke kawasan semak berhampiran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, pengarah CIDB negeri Zahidi Hashim berkata, pihaknya mengeluarkan notis pemberhentian kerja sementara di tapak pembinaan berkenaan untuk kontraktor mengemukakan maklumat diperlukan pihaknya.

Jelas beliau, pihak kontraktor didapati gagal dari sudut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak dibenarkan melakukan apa-apa aktiviti sehingga notis berakhir.

“Pemeriksaan juga mendapati kontraktor utama gagal mengemukakan dokumen dan permit berkaitan pembinaan rumah kongsi di dalam tapak pembinaan terbabit.

“Kita mendapati ruangnya tidak selamat dari segi pengudaraan serta persekitaran yang boleh menyebabkan penyebaran wabak Covid-19,” katanya.

Menurutnya, majikan juga diambil tindakan kerana gagal menunjukkan keputusan ujian saringan Covid-19 pekerja asing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya