6 kategori penuntut bagi kemasukan fizikal ke UMP bermula 6 Mac

Enam kategori penuntut bagi kemasukan fizikal ke UMP bermula 6 Mac secara berperingkat

MOHD. ROSLI HAININ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersedia menerima kemasukan penuntut secara fizikal ke kampus bermula 6 Mac depan bagi mengikuti pengajian Semester II, 2020/2021 yang dijadualkan bermula pada 1 Mac secara dalam talian.

Hanya enam kategori penuntut berkeperluan dibenarkan kembali ke kampus secara fizikal mengikut jadual ditetapkan dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat diteruskan secara efektif. 

Bagi penuntut dari Sabah, Sarawak dan Labuan, mereka perlu mematuhi syarat-syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri masing-masing sebelum hadir ke kampus pada 20 dan 21 Mac depan.

Kedua, penuntut yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif untuk melaksanakan PdP dalam talian dan ketiga penuntut asasi atau setara dan diploma yang sedia ada di kampus untuk meneruskan pembelajaran secara hibrid. 

Keempat adalah penuntut antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom (UK), kelima penuntut berkeperluan khas serta keenam penuntut yang menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Prof Ts. Dr. Mohd. Rosli Hainin berkata, universiti berkenaan menyediakan pelan tindakan bagi kemasukan penuntut ke kampus dengan mengambil kira perkembangan semasa dalam tempoh negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Persediaan merangkumi keselamatan warga kampus, saringan kesihatan, keperluan kritikal dalam melaksanakan PdP secara norma baharu dan pada masa yang sama PdP secara dalam talian diteruskan. 

“UMP juga telah mengenal pasti penuntut orang kelainan upaya (OKU) dan mereka yang tidak mempunyai akses internet dan tidak mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian untuk kembali ke kampus,” katanya di sini hari ini. 

Mohd. Rosli berkata, UMP berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana memberikan panduan berguna dan dalam masa yang sama membenarkan universiti menyesuaikan keputusan dengan keadaan di IPT masing-masing. 

Selain itu, katanya, setiap penuntut dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan kembali ke kampus dan bagi mereka yang memerlukan keterangan lanjut boleh menghubungi Bilik Gerakan UMP di talian 09-549 3333 (UMP Kampus Gambang) dan 09-424 6999 (UMP Pekan) untuk mendapatkan sebarang pertanyaan. 

“Namun demikian sebarang perubahan tertakluk kepada ketetapan dari pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya