PUTRAJAYA: Malaysia hari ini merekodkan kes sembuh Covid-19 melebihi 5,000 kes iaitu 5,709 kes namun mencatatkan sebanyak 22 kes kematian.
Kes positif masih merekodkan di bawah 3,000 kes iaitu 2,998 kes.
Jumlah kes kumulatif sembuh sebanyak 229,762 kes manakala 272,163 kes positif dengan kes aktif menurun kepada 41,396kes berbanding semalam, 44,129 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 231 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 115 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi dengan melebihi 1,000 kes iaitu 1,382, diikuti Johor, 436 kes; Negeri Sembilan, 233 kes; Kuala Lumpur, 226 kes dan Sarawak, 200 kes.
“Bagi negeri lain pula, merekodkan kes dua angka kecuali Putrajaya, dua kes dan Labuan, satu kes serta Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN