5,320 kes sembuh, 25 kematian, 17 kluster, 2,712 kes baharu

5,320 kes sembuh, 25 kematian, 17 kluster, 2,712 kes baharu

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh melebihi 5,000 kes untuk kali ketiga iaitu 5,320 kes dengan 25 kematian dan 17 kluster, hari ini.

Manakala bagi kes positif pula, sebanyak 2,712 kes manakala kes aktif, 38,763 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 227 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 103 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor terus merekodkan lebih 1,000 kes iaitu 1,013 kes diikuti Johor, 426 kes; Kuala Lumpur, 212 kes.

“Kes kematian melibatkan 15 kes di Selangor, masing-masing tiga kes di Sarawak dan Sabah, dua kes di Kuala Lumpur, serta masing-masing satu kes di Johor dan Putrajaya di mana 21 kes kematian melibatkan warga tempatan dan empat kes, warga asing,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya