3,251 kes sembuh, 2,437 kes positif, 9 kematian - Utusan Malaysia

3,251 kes sembuh, 2,437 kes positif, 9 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan perkembangan yang baik apabila merekodkan sebanyak 3,251 kes sembuh sekali gus mengatasi 2,437 kes positif.

Sebanyak sembilan kematian manakala kes aktif, yang mengalami penurunan kes sejak beberapa hari lalu, ia merekodkan sebanyak 26,205 kes berbanding semalam, 27,028 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 202 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 93 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor masih mengekalkan negeri yang merekodkan kes tertinggi iaitu 914 kes diikuti Johor, 340 kes; Kuala Lumpur, 337 kes; Perak, 287 kes; Sarawak, 171 kes; Sabah, 134 kes dan Pulau Pinang, 105 kes.

“Baki negeri lain pula merekodkan kes dua angka manakala Putrajaya, tiga kes; Labuan, dua kes dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya