250 tablet diagihkan kepada pelajar miskin, B40 di Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

250 tablet diagihkan kepada pelajar miskin, B40 di Kuala Terengganu

AHMAD Amzad Hashim menyampaikan tablet kepada seorang pelajar di Parlimen Kuala Terengganu bagi melancarkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 250 tablet diagihkan kepada pelajar miskin dan keluarga B40 di Parlimen Kuala Terengganu hari ini.

Pemberian sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Ahmad Amzad berkata, kemudahan peranti itu diharap dapat melancarkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) golongan berkenaan.

“Saya berkunjung ke rumah pelajar bertuah ini untuk menghadiahkan mereka tablet percuma dan semoga sumbangan diberikan dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.

Terdahulu, Ahmad Amzad menyumbangkan gaji dan elaunnya sebagai Timbalan Menteri selama dua bulan yang berjumlah kira-kira RM50,000 bagi menyelesaikan masalah PdPR dalam kalangan golongan sasar.

Katanya, langkah itu dibuat bagi memastikan tiada mana-mana pelajar di Parlimen Kuala Terengganu tercicir daripada sesi PdPR.

Sementara itu, seorang penerima, Wan Izat Darini Wan Shamsi, 15, bersyukur kerana memiliki peranti khas untuk PdPR tanpa perlu menggunakan telefon pintar milik ibunya.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam itu, sebelum ini dia terpaksa berkongsi kemudahan itu dengan ibunya tetapi kini proses pembelajaran lebih mudah kerana memiliki peranti sendiri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN