22 kematian babitkan 14 lelaki, 8 wanita berusia 41 hingga 100 tahun

22 kematian babitkan 14 lelaki, lapan wanita berusia antara 41 hingga 100 tahun

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini merekodkan kes sembuh Covid-19 melebihi 5,000 kes iaitu 5,709 kes namun mencatatkan sebanyak 22 kes kematian dan 13 kluster. 

Kes positif masih merekodkan di bawah 3,000 kes iaitu 2,998 kes. 

Jumlah kes kumulatif sembuh sebanyak 229,762 kes manakala 272,163 kes positif dengan kes aktif menurun kepada 41,396kes berbanding semalam, 44,129 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 231 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 115 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, 22 kes kematian melibatkan lapan kes di Selangor, empat kes di Sabah, tiga kes di Kuala Lumpur manakala Sarawak dan Perak, masing-masing dua kes serta satu kes di Negeri Sembilan, Kedah dan Johor yang membabitkan kesemua pesakit adalah warga tempatan. 

“Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi dengan melebihi 1,000 kes iaitu 1,382, diikuti Johor, 436 kes; Negeri Sembilan, 233 kes; Kuala Lumpur, 226 kes dan Sarawak, 200 kes. 

“Bagi negeri lain pula, hanya merekodkan kes dua angka kecuali Putrajaya, dua kes dan Labuan, satu kes serta Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai 22 kematian, Dr. Noor Hisham berkata, ia membabitkan 14 lelaki dan lapan wanita berusia antara 41 hingga 100 tahun. 

“Hanya tiga pesakit tidak mempunyai latar belakang penyakit membabitkan dua lelaki berusia 48 serta 69 tahun manakala seorang wanita, berusia 83 tahun.

“Baki pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit seperti kencing manis, rheumatoid arthritis, osteoarthritis, darah tinggi, dislipidemia, obesiti, buah pinggang kronik, gout, jantung, strok, asma, tuberkulosis dan deep vein thrombosis,” katanya. 

Dalam perkembangan membabitkan 13 kluster baharu, beliau berkata, 10 kluster berkaitan tempat kerja serta dua kumpulan berisiko tinggi dan satu, komuniti. 

Bagi 13 kluster berkaitan tempat kerja, katanya, empat di Selangor iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Emas di Petaling, sebanyak 49 dari 359 individu; Kluster Jalan Rawang di Gombak, sebanyak 42 kes dari 442 individu serta Kluster Jalan Subang di Petaling, sebanyak 28 kes dari 151 individu dan Kluster Tapak Bina Seksyen Satu di Hulu Langat, sebanyak 18 kes dari 342 individu.

“Tiga di Johor, Kluster Jalan Persiaran Cyber melibatkan Kota Tinggi, Johor Bahru, dan Kulai, sebanyak 121 kes dan 852 individu serta Kluster Senai Murni Empat di Kulai, sebanyak 18 kes dari 97 individu dan Kluster Jalan Perindustrian Murni  melibatkan Kulai, Johor Bahru, dan Kota Tinggi, sebanyak 18 kes dari 457 individu. 

“Tiga negeri lain pula, Kluster Industri Tekstil Nilai melibatkan Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan, sebanyak 64 dari 413 individu serta Kluster Tapak Bina Jalan Sultan di  Lembah Pantai, Kuala Lumpur., sebanyak 120 kes dari 285 individu dan Kluster Pulau Rusa melibatkan Marang, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Dungun, Terengganu, sebanyak 18 kes dari139 individu disaring,” katanya. 

Tambahnya, dua kluster kumpulan berisiko tinggi iatu Kluster Jalan DC di Kuala Selangor, Selangor, sebanyak 13 kes dari 37 individu dan Kluster Jalan Payamanis di Johor Bahru, Johor, sebanyak 39 kes dari 254 individu. 

“Satu kluster komuniti di Sarawak, Kluster Jan Yong di Kapit, sebanyak 15 dari 46 individu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya