2.7 juta picagari LDV untuk jayakan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

2.7 juta picagari LDV untuk jayakan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

ADHAM Baba (dua dari kiri) menerima sumbangan 2.7 juta picagari LDV daripada Etiqa Family Takaful Berhad di Kementerian Kesihatan, Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 2.7 juta unit picagari khas Low Dead Volume (LDV) untuk vaksin Covid-19 Pfizer COMIRNATY akan digunakan bagi Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan adalah secara berperingkat bermula pada 26 Februari ini. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, melalui sumbangan ini, semua picagari LDV akan digunakan bagi pelaksanaan fasa satu pelan terbabit yang akan melibatkan anggaran seramai 500,000 petugas barisan hadapan. 

“Picagari terbabit adalah sumbangan daripada Etiqa Family Takaful Berhad yang bernilai RM891,000.00 di mana tahun lalu, Etiqa Family Takaful Berhad telah membuat sumbangan sebanyak RM10 juta kepada Tabung Sumbangan Perubatan Covid-19 dan pada tahun 2021.

“Sumbangan ini setidak-tidaknya dapat membantu usaha-usaha Kerajaan Malaysia dalam menangani pandemik Covid-19 di Malaysia serta menjadi contoh yang baik kepada syarikat-syarikat korporat yang boleh turut sama dalam membantu kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dr. Adham berkata, ramai yang menantikan ketibaan vaksin Covid-19, Ahad ini dan Pelancaran Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 Februari ini.

“Pelan ini akan dilaksanakan melalui tiga fasa bermula Februari ini dan dijangka berakhir pada suku tahun pertama 2022,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN