16,554 duduki SPM di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

16,554 duduki SPM di Negeri Sembilan

PENGETUA Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (Felda), Tampin, Lily Mastura Kamarudin (tiga dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian daripada 81 calon SPM 2020 sekolah tersebut dalam Program Suntikan Semangat Calon SPM 2020 di SMK Jelai (Felda) Tampin, Negeri Sembilan,, hari ini. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 16,554 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 termasuk 645 calon persendirian di Negeri Sembilan menduduki peperiksaan tersebut di 144 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Md. Fiah Md Jamin berkata, perjalanan peperiksaan tersebut kali ini melibatkan seramai 1,505 petugas peperiksaan.

“Saya telah meninjau perjalanan di tiga buah sekolah dan nampaknya semua berjalan lancar mengikut prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan. Malah tiada juga pelajar yang lewat datang.

“Walaupun peperiksaan kali ini mencabar buat mereka selepas ia ditangguhkan akibat penularan Covid-19, nampak pelajar sangat bersemangat untuk kekal menghadapinta.” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, bagaimanapun terdapat tujuh calon SPM yang mengambil peperiksaan di hospital kerana masalah kesihatan.

“Ada juga pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan SPM kali ini yang perlu dikuarantin kerana mereka menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

“Jumlahnya sedikit, cuma mereka menduduki peperiksaan ini pada satu tarikh yang ditetapkan kelak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya