12,000 unit Residensi Prihatin bakal dilancar 22 Februari depan

12,000 unit Residensi Prihatin bakal dilancar 22 Februari depan

ANNUAR Musa (kanan) menyampaikan limau kepada masyarakat kaum Cina di Taman Puspa, Kok Lamas, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Wilayah Persekutuan akan melancarkan Projek Residensi Prihatin membabitkan pembinaan sebanyak 12,000 unit rumah mampu milik di Putrajaya pada 22 Februari depan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, rumah yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air bernilai RM200,000 setiap satu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 24 hingga 30 bulan.

“Untuk permulaan sebanyak 12,000 rumah itu akan dibina di Putrajaya sebelum diperluas ke Labuan, Sabah dan Kuala Lumpur.

“Keutamaan rumah itu diberikan kepada penjawat awam dan pasangan keluarga muda. Mereka yang berpendapatan di bawah RM5,000 juga boleh memohon rumah tersebut menerusi portal KWP bermula sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan dan Penyampaian Hamper, Limau dan Angpau Sempena Tahun Baru Cina di Taman Puspa, Kok Lanas, di sini hari ini.

Annuar berkata, pembinaan Residensi Prihatin adalah sebahagian daripada 8,000 unit rumah di bawah program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang tergendala sebelum ini.

Katanya, pihaknya membuat keputusan mengubah suai projek tersebut kepada Residensi Prihatin setelah mendapat persetujuan Kabinet berhubung perkara itu.

“Kita juga akan membuka tender kepada pemaju untuk projek rumah berkenaan dalam masa terdekat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN