Warga emas dituduh tipu urusan jual beli tanah - Utusan Malaysia

Warga emas dituduh tipu urusan jual beli tanah

D. Silvester dibawa Mahkamah Seksyen Seremban, Negeri Sembilan hari ini atas tuduhan menipu dalam urusan jual beli sebidang tanah di Gadung Jaya, Labu yang melibatkan kerugian berjumlah lebih RM2 juta, dua tahun lalu.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini atas tuduhan menipu dalam urusan jual beli sebidang tanah di Gadung Jaya, Labu melibatkan kerugian berjumlah lebih RM2 juta, dua tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, D. Silvester, 61, didakwa tidak jujur menyalahguna geran mukim hak milik 464 Gadung Jaya, Mukim Labu seluas 2.461 hektar.

Dia dituduh memperoleh wang hasil jualan berjumlah RM2.381 juta yang digunakan untuk kegunaan sendiri tanpa pengetahuan pihak Unit Pembahagian Harta Pesaka Kecil, Seremban bagi urusan pindah milik dan penjualan dengan mempercayai ia bukanlah hak miliknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Daerah dan Tanah, Seremban pada 11 Oktober 2019.

Tertuduh yang diwakili Peguam, M. Siveram bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim, Madihah Hairullah.

Terdahulu, Timbalan Pendawa Raya, Nur Hafiza Harun memohon supaya mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM200,000 berikutan kesalahan itu menyebabkan kerugian besar selain pasport antarabangsanya ditahan.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi semua pertuduhan dan tertuduh membayar jaminan dikenakan.

Kes akan disebut semula pada 10 Februari ini. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya