Wanita UMNO konsisten sokong pendirian, keputusan MT - Utusan Malaysia

Wanita UMNO konsisten sokong pendirian, keputusan MT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita Umno terus konsisten menyokong pendirian parti itu dan setiap keputusan dibuat dalam mesyuarat Tertinggi UMNO termasuk memberi fokus kepada membantu rakyat.

Ketuanya, Datuk seri Noraini Ahmad berkata, pendirian itu selaras dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan rakyat terus dibantu.

“Fokus utama Wanita UMNO adalah membantu rakyat dan memperkukuh gerak kerja dalam mencapai objektif menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Dalam keadaan negara kini dilanda wabak Covid-19 dan banjir, sudah pasti keperluan rakyat perlu diutamakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, sebagai tulang belakang parti, katanya, sudah pasti Wanita UMNO terus berganding bahu dalam memastikan kebajikan rakyat dijaga.

“Wanita UMNO turut menyeru semua ahli parti untuk terus rapat serta mengukuhkan parti supaya rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa inilah parti yang benar-benar mampu membawa denyut nadi rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Pada masa yang sama, marilah kita terus mempertingkatkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menjaga kawalan kendiri agar rantaian wabak ini dapat diputuskan dan angka pesakit kembali kepada sifar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN