Usul kerjasama dengan mana-mana parti akan dibawa dalam PAU - Utusan Malaysia

Usul kerjasama dengan mana-mana parti akan dibawa dalam PAU

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

(KEMAS KINI)

KUALA LUMPUR: Usul yang dikemukakan perwakilan bahagian UMNO seluruh negara berhubung kerjasama dengan mana-mana parti  akan dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung bulan ini.

Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  usul kerjasama itu akan dibawa dalam mesyuarat  Majlis Tertinggi (MT)  esok seterusnya  diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Usul sebelum dibawa dalam perhimpunan agung itu nanti.

“Kalau perhimpunan UMNO luluskan usul ini ia akan jadi dasar parti. Apabila ia jadi dasar parti setiap ahli perlu patuh. Ini prosedur UMNO dan setiap tahun ini yang kita buat. 

“Kalau nak ubah sekali pun ia dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa. UMNO parti yang kuat mendukung demokrasi dan semua ahli berhak memberi pandangan,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Pertahanan hari ini. 

Sebelum ini, difahamkan 189 daripada 191 bahagian UMNO yang selesai bersidang dikatakan menolak kerjasama dengan Bersatu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya